KELAYAKAN CUTI TANPA REKOD OLEH PENJAWAT AWAM








Berikut adalah  kelayakan-kelayakan lain yang membolehkan penjawat awam mengambil cuti tanpa rekod sepanjang perkhidmatannya:

1. CUTI LATIHAN PASUKAN SUKARELA

Punca Kuasa : Perintah am 41 & 57 bab C,Surat PP Bil.5/1985, PP Bil.9/1991 )
Syarat dan Kelayakan :
  • Pegawai yang menjadi ahli-ahli pasukan sukarela seperti berikut :
  • Askar wataniah
  • Pasukan simpanan sukarela tentera laut di raja
  • Pasukan sukarela tentera udara di raja
  • Pasukan sukarela polis
  • Pasukan pertahanan awam
  • Ikatan relawan rakyat Malaysia (RELA)
- Tempoh yang dibenarkan tidak melebihi tiga puluh (30) hari setahun dan tambahan dua (2) hari bagi perjalanan pergi dan balik ke tempat latihan atau khemah tahunan
- Jika tempoh cuti yang diperlukan lebih daripada kelayakan, pegawai boleh menggunakan cuti rehat/cuti rehat khas. Sekiranya cuti rehat/cuti rehat khas tidak dapat menampung cuti latihan pasukan sukarela, maka permohonan hendaklah dikemukakan kepada BPSM, KPM untuk pertimbangan khas

2. CUTI KHEMAH TAHUNAN PERTUBUHAN/PERSATUAN
Punca Kuasa : Perintah am 42(a),57 bab C,Surat PP Bil.5/1985, PP Bil.9/1991,Surat PA bil.3/1993 )
Syarat dan Kelayakan :
  • Pegawai adalah ahli persatuan/pertubuhan
  • Aktiviti yang diluluskan hanya aktiviti yang diadakan dalam Malaysia sahaja. Tiada kemudahan CKTP yang boleh diberi bagi menghadiri aktiviti di luar malaysa
  • Aktiviti sukan anjuran persatuan kebajikan hendaklah diadakan pada hari-hari cuti mingguan atau cuti am dan tidak menggunakan waktu pejabat
  • Tempoh yang dibenarkan adalah tidak melebihi empat belas (14) hari dalam setahun dan tambahan dua (2) hari bagi pergi dan balik
  • Sekiranya cuti yang diperlukan lebih daripada kelayakan, pegawai boleh menggunakan cuti rehat atau cuti tanpa gaji mengikut perintah am 14 bab C

3. CUTI LAIN-LAIN KURSUS
Punca Kuasa : Perintah am 42 (b) bab C,Surat PP Bil.5/1985, PP Bil.9/1991 )
Syarat dan Kelayakan :
  • Permohonan diluluskan oleh ketua jabatan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan
  • Bagi latihan atau persidangan kesatuan sekerja yang diadakan di luar negeri kuasa melulus adalah BPSM, KPM dengan sokongan ketua jabatan
  • Tempoh yang dibenarkan adalah tidak melebihi empat belas (14) hari setahun dan tambahan cuti dua (2) hari bagi perjalanan pergi dan balik

4. CUTI LATIHAN SYARIKAT KERJASAMA
Punca Kuasa : ( Perintah am 43 & 57 bab C, PP Bil.9/1991 )
Syarat dan Kelayakan :
  • Pegawai yang menjadi ahli syarikat koperasi
  • Bagi kurus kerjasama tempoh yang boleh diluluskan adalah tidak melebihi dua (2) bulan dengan syarat membuat akuan bertulis untuk memegang jawatan selama dua (2) tahun dalam syarikat kerjasama setelah tamat kursus tersebut sekiranya beliau dijemput atau dilantik untuk memegang jawatan
  • Bagi lain-lain kursus/seminar/mesyuarat syarikat kerjasama sama ada di dalam Malaysia atau di luar Malaysia. Cuti latihan syarikat kerjasama boleh diberi dengan syarat aktiviti tersebut telah diluluskan oleh ketua pengarah kementerian perdagangan dalam negeri dn kepenggunaan
  • Tempoh cuti yang dibenarkan berdasarkan tempoh aktiviti
  • Diluluskan ketua jabatan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan

5. CUTI MASUK PEPERIKSAAN
Punca Kuasa : Perintah am 44 & 57 bab C, PP Bil.9/1991 )
Syarat dan Kelayakan :
  • Pegawai lantikan tetap
  • Kemudahan CMP yang boleh diambil oleh pegawai terhad kepada hari peperiksaan 
  • Diluluskan oleh ketua jabatan

6. CUTI MESYUARAT PERSATUAN IKHTISAS
Punca Kuasa : ( Perintah am 45,57 bab c, PP Bil.9/1977, PP Bil.9/1991 )
Syarat dan Kelayakan :
  • Pegawai-pegawai yang menjadi ahli pertubuhan ikhtisas yang berdaftar dengan pendaftar pertubuhan dan diisytiharkan oleh ketua pengarah perkhidmatan awam
  • Tempoh cuti yang dibenarkan adalah tempoh sebenar mesyuarat yang dijalankan termasuk perjalanan pergi dan balik dengan syarat kedua-dua masa tersebut tidak melebihi dua (2) hari
  • Diluluskan ketua jabatan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan

7. CUTI MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM OLAHRAGA/SUKAN
Punca Kuasa : ( Perintah am 46,57 bab C, PP Bil.11/1980, PP Bil.5/1985, PP Bil.9/1991 )
Syarat dan Kelayakan :

Cuti ini boleh diberi kepada pegawai yang telah dipilih untuk mengambil bahagian dalam sukan di peringkat seperti berikut :
  • Sukan peringkat kebangsaan
  • Sukan peringkat antarabangsa
  • Sukan peringkat antara negeri dan negeri sesebuah Negara asing
  • Sukan peringkat wilayah dalam atau luar Malaysia
  • Acara sukan yang diwakili tidak melebihi tiga (3) acara sukan dalam setahun
Cuti ini juga diberi kepada pegawai yang telah dilantik sebagai :
  • Atlit
  • Pegawai sukan
  • Jurulatih
  • Ahli majlis atau jawatankuasa pertandingan sukan kebangsaan atau antarabangsa
Tempoh cuti yang dibenarkan tidak melebihi tiga puluh (30) hari dalam setahun

8. CUTI MENYERTAI ROMBONGAN KEBUDAYAAN & PERTANDINGAN BULAN BAHASA KEBUDAYAAN
Punca Kuasa : PP Bil.1/1964, PP Bil.16/1966, PP Bil.9/1991 )
Syarat dan Kelayakan :
  • Pegawai dipilih sebagai peserta rombongan
  • Tempoh cuti yang boleh diluluskan adalah tempoh yang diperlukan bagi lawatan kebudayaan tersebut
  • Diluluskan ketua jabatan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan

9. CUTI ISTERI BERSALIN
Punca Kuasa : ( Pekeliling Perkhidmatan bil.9 tahun 2002 )
Syarat dan Kelayakan :
  • Pegawai lantikan tetap
  • Diberi selama tujuh (7) hari termasuk hari rehat mingguan dan hari cuti kelepasan am
  • Cuti ini bermula pada tarikh isteri bersalin atau hari berikutnya jika bersalin berlaku selepas waktu pejabat. Maksud waktu pejabat adalah dari 7.30 pagi hingga 5.30 petang
  • Cuti ini dihadkan kepada lima (5) kali sepanjang tempoh perkhidmatan
  • Cuti ini juga diberi kepada PPP yang diarah bertugas semasa cuti penggal persekolahan atau bertugas semasa penggal persekolahan
  • Diluluskan ketua jabatan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan

10. CUTI URUSAN KEMATIAN KELUARGA TERDEKAT
Punca Kuasa : Pekeliling Perkhidmatan bil.4 tahun 2015 )
Syarat dan Kelayakan :
  • Diberi selama tiga (3) hari termasuk hari rehat mingguan dan hari cuti kelepasan am
  • Ahli keluarga terdekat merupakan suami, isteri, anak-anak (kandung, tiri dan angkat yang sah disisi undang-undang), ibu bapa kandung, ibu bapa mertua, ibu bapa angkat
  • Cuti ini bermula pada tarikh kematian atau hari berikutnya jika kematian berlaku selepas waktu pejabat. Maksud waktu pejabat adalah dari 7.30 pagi hingga 5.30 petang
  • Cuti ini juga diberi kepada PPP yang diarah bertugas semasa cuti penggal persekolahan atau bertugas semasa penggal persekolahan
  • Diluluskan ketua jabatan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan

11. CUTI MENGHADIRI MESYUARAT MAJLIS BERSAMA KEBANGSAAN (MBK)/MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ)
Punca Kuasa : Pekeliling Perkhidmatan bil.21/1973 & Bil.9/1991)
Syarat dan Kelayakan :

Cuti ini boleh diberi kepada pegawai untuk menghadiri mesyuarat seperti berikut:
  • Mesyuarat MBK diperingkat kebangsaan
  • Mesyuarat Majlis Pihak Pekerja yang diadakan sehari sebelum mesyuarat MBK
  • Menghadiri mesyuarat MBJ
  • Mesyuarat yang dipanggil oleh kerajaan atau jabatan dimana pegawai yang hadir mewakili kesatuan sekerja
  • Konvesyen dua (2) tahun sekali diadakan untuk memilih anggota majlis pihak sekerja
• Tempoh cuti yang diberi adalah mengikut tempoh selama mesyuarat
• Mesyuarat yang dipanggil oleh kesatuan-kesatuan sekerja tidak layak diberi cuti ini
• Diluluskan ketua jabatan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan

12. CUTI BAGI ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM YANG DILANTIK SEBAGAI 
JURULATIH PROGRAM KHIDMAT NEGARA
Punca Kuasa : Pekeliling Perkhidmatan Bil.1 Tahun 2004)
Syarat dan Kelayakan :
  • Pegawai telah dilantik sebagai Jurulatih (PLKN)
  • Tempoh cuti yang boleh diluluskan adalah mengikut tempoh sebenar program (tempoh mengikuti kursus untuk menjadi jurulatih dan menjalankan tugas sebagai jurulatih) tersebut diadakan dengan tambahan cuti dua (2) hari bagi makdus perjalan pergi dan balik (jika diperlukan)
  • Diluluskan ketua jabatan
  • Kelulusan cuti bagi anggota yang dilantik sebagai jurulatih PLKN hendaklah dicatat di dalam Buku Rekod Perkhidmatan

13. CUTI BAGI ANGGOTA YANG DISAPINA UNTUK HADIR KE MAHKAMAH
Punca Kuasa : Surat Edaran JPA(S) 223/8/3-3 Sk.4/(44) bertarikh 26 Julai 1994 )
Syarat dan Kelayakan :
• Pegawai disapina untuk hadir di mahkamah sebagai saksi pihak bukan kerajaan
  • Jika menghadiri mahkamah di dalam stesen, pegawai boleh diberi pelepasan untuk meninggalkan pejabat hingga tempoh yang diperlukan
  • Jika menghadiri mahkamah di luar stesen, pegawai boleh diberi CTR mengikut hari yang diperlukan untuk hadir di mahkamah dengan tambahan sehari sebelum dan sehari selepas bagi maksud perjalanan jika diperlukan
  • Pegawai tidak layak apa-apa elaun serta kemudahan tugas rasmi
• Pegawai disapina untuk hadir di mahkamah sebagai saksi pihak kerajaan
  • Kehadiran pegawai di mahkamah adalah dianggap menjalankan tugas rasmi
  • Pegawai layak diberi elaun serta kemudahan tugas rasmi
Sumber:cikgushare.com


TERIMA KASIH, SILA SHARE.

Previous
Next Post »

1 comments:

Click here for comments
Unknown
admin
16 January 2020 at 07:26 ×

Kalau cuti ibu bapa sakit.berapa lama

Congrats bro Unknown you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar
Thanks for your comment