Konsep Bulatan Sempurna & Geometri Di Dalam Tawaf




Konsep Bulatan Sempurna & Geometri Di Dalam Tawaf
oleh Malim Ghozali PK

Penulis ialah Penterjemah, Pengkaji dan Penceramah Bebas

Rajah 1: Laksana deburan arus di sungai Rajah 2: Garis sentuh dan satah Rajah 2: Garis sentuh dan satah
Rajah 1: Laksana deburan arus di sungai    Rajah 2: Garis sentuh dan satah          Rajah 3: Sudut ghaib (oblique angle) 17° darjah
Rajah 1: Laksana deburan arus di sungai  Rajah 2: Garis sentuh dan satah Rajah 3: Sudut ghaib (oblique angle) 17° darjah

Setakat majalah ini ditulis, ramai para jemaah bagi musim haji 1431 Hijrah sudahpun berangkat ke tanah suci Makatul Mukaramah. Alhamdulillah, di negara ini pemergian seseorang bakal haji untuk menunaikan rukun Islam yang kelima melalui tatacara yang teratur. Menerusi kursus-kursus yang dikendalikan oleh Lembaga Tabung Haji, proses pelaksanaan dan maklumat-maklumat berkaitan dengan rukun dan wajib haji diperjelaskan. Kelicinan dari segi pengurusannya pula mendapat pujian dari negara-negara di seluruh dunia.

Dalam hubungan yang sama Allah telah menetapkan haji hanya dilakukan pada waktu-waktu yang tertentu sahaja, lewat firman-Nya di Surah al-Baqarah, Ayat 197, yang bermaksud:

(Masa untuk mengerjakan ibadat) haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat haji itu maka tidaklah boleh menyetubuhi isteri dan tidak boleh berbuat maksiat dan tidak boleh bertengkar dalam masa mengerjakan ibadat haji.

Beberapa bulan yang termaklum ini bermula dari 1 haribulan Syawal hingga terbit fajar hari yang kesepuluh Zulhijah. Inilah yang dinamakan bulan-bulan haji, tidak sah ihram haji jika dilakukan di luar masa tersebut, bahkan jadilah ia ihram umrah.

Bererti haji mempunyai landasan-landasan yang mesti dipatuhi. Begitu juga selain proses haji ini kelihatan fizikal, ada perkara-perkara yang tersembunyi di sebalik proses tersebut. Pada kesempatan ini penulis ingin menjurus kepada proses tawaf, serta keterkaitannya dengan geometri.


Perkataan tawaf berasal daripada bahasa Arab, yang membawa maksud mengelilingi bulatan yang tetap. Dari sudut fiqh, tawaf bererti mengelilingi Kaabah diiringi syarat-syarat yang diwajibkan. Tawaf merupakan salah satu daripada enam rukun haji. Seseorang yang hendak menyempurnakan hajinya diwajibkan mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali, bermula di Hajar Aswad, atau Batu Hitam. Pada setiap masa, bahu kiri dimestikan menghadap Kaabah. Ada empat kategori tawaf....

SELANJUTNYA DAPATKAN MAJALAH DAKWAH ISU NOVEMBER/DISEMBER10 DI PASARAN SEKARANG!


TERIMA KASIH, SILA SHARE.

Previous
Next Post »
Thanks for your comment