SURAT PEKELILING KESELAMATAN PELAJAR SEMASA BERADA DI SEKOLAH ATAU PUN DI LUAR KAWASAN SEKOLAH








Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua pengunjung blog saya...hari ini saya berhajat untuk berkongsi sedikit pengetahuan yang baru sahaja saya perolehi semalam semasa LDP di sekolah saya bersama dengan Ketua Sektor (Penjaminan Kualiti) kot...x berapa ingat..maaf ye kalau silap...

Ceritanya macam ni....

Semalam, Ketua Sektor datang bersama dengan kami warga sekolah dengan tujuan untuk membantu sekolah kerana sekolah kami terpilih dalam Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)....masa mula-mula Pengetua sekolah memberitahu kami semua tentang perkara ini, ramai diantara guru-guru rasa tertekan dan stress dengan segala benda yang nak kena buat...termasuklah saya...masih lagi terkapai-kapai dengan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (Pdpc) Abad ke 21 ni....saya pasti ramai kawan-kawan yang telah mahir menggunakannya kan...betul x?

Kita didedahkan dengan Pdpc abad 21 iaitu mesti ada tools dia kan...seperti traffic light card, reward chart, mini white board dan mcm-mcm lagi kita kena sediakan....TAPI semua ni sangat bepdengan apa yang diberitahu oleh Ketua Sektor semalam...Pdpc bukanlah semata-mata perlu ada benda-benda yg saya ckp tadi tu...tu x penting...kalau ada xpe..xde pun xpe...dia ckp la...sebelum ni kita mmg kena adakan semua benda tu...baru nampak Pdpc 21...

Ketua Sektor ckp semalam, Pdpc abad 21 yang sebenar adalah tentang bagaimana cara kita mendidik murid-murid kita sesuai dengan zaman mereka...Pdpc tu biarlah sesuatu yg berMAKNA buat murid...biar murid-murid RASA dengan pengajaran kita...bila ada RASA dlm pengajaran, murid-murid seronok belajar dengan kita...kita mesti fokus kepada kebolehmampuan untuk murid-murid kita 'survive' pada kehidupan mereka yang akan datang...perlu lebih banyak soalan-soalan yang berkaitan dengan kehidupan sekarang dan apa jangkaan untuk survive pada masa akan datang...banyak lagi sebenarnya ttg Pdpc abad 21 yg diceritakan tapi ini antara mesej yg penting sy tulis...

Cerita kedua.....Peranan GURU...Siapa boleh beritahu saya apa peranan guru yang paling utama???mesti ramai yg cakap untuk menDIDIK insan kan??saya pun ckp mcm tu juga...hihihi...yg sebenarnya ialah...Peranan kita guru-guru yang paling UTAMA ialah MENJAGA.....

Yg kedua barulah MENDIDIK....ada 4 peranan semuanya....nanti cikgu-cikgu cubalah cari apa 4 peranan tu ye...hehe..

Sangat sesuai dengan peranan utama kita iaitu MENJAGA (pengasuh budak-budak la kalau istilah lain kan)...ini panduan guru-guru supaya kita tidak dihukum nanti dek kerana kelalaian kita dalam menjaga murid-murid kita....saya sertakan sekali surat pekeliling berkaitan keselamatan pelajar semasa berada di sekolah mahupun di luar kawasan sekolah...JGN kata BARU TAHU ye...sbb SURAT PEKELILING ni dah lama ada....tahun 1995 lagi....semoga niat ikhlas kita sebagai seorang guru untuk mendidik dan mengasuh anak-anak murid kita sentiasa diberkati dan dilindungi oleh Yang MAHA PENCIPTA...ALLAH s.w.t....sekian sedikit perkongsian daripada saya hari ini....



[klik skip ad untuk memuat turun]


SURAT PEKELILING KESELAMATAN PELAJAR




TERIMA KASIH, SILA SHARE.

Previous
Next Post »
Thanks for your comment