Adakah berBASIKAL mengganggu KESIHATAN atau KESUBURAN LELAKI?




 
Gambar sekadar hiasan



Lelaki yang kerap berbasikal sering mengadu sakit dan kebas pada bahagian bawah tubuh mereka, maka persoalan sama ada duduk secara di atas pelana basikal itu membawa kesan jangka panjang kesihatan seksual, telah menjadi perkara yang diteliti secara saintifik. Terdapat beberapa bukti yang mencadangkan menunggang terlalu kerap boleh memberi kesan kepada kesuburan.

Satu kajian pada tahun 2009 terhadap triatlet dari Universiti Cordoba di Sepanyol mendapati bahawa mereka yang paling banyak berbasikal mempunyai kualiti sperma yang paling rendah. Mereka yang menunggang lebih daripada 186 batu setiap minggu mempunyai kurang daripada 4 peratus sperma normal, satu tahap yang dikaitkan dengan masalah kesuburan.

Satu kajian yang lebih baru terhadap lebih daripada 2,000 orang lelaki yang menghadiri klinik-klinik kesuburan di dalam kawasan Boston mendapati yang lelaki yang berbasikal lima jam atau lebih setiap minggu berisiko dua kali ganda lebih tinggi untuk dua penanda kemandulan: kepekatan sperma yang rendah, dan jumlah sperma motil (sperma aktif) yang rendah.

Kedua-dua kajian itu bagaimanapun tidak mengukur kesuburan lelaki secara langsung. Lauren Wise, profesor madya epidemiologi di Sekolah Kesihatan Awam, Universiti Boston yang juga merupakan ketua penulis kajian Boston berkata, "Sekalipun keputusan kami disahkan dalam kajian-kajian lain, ia tidak jelas sama ada boleh atau sehingga ke tahap mana mutu air mani memberi gambaran masalah kesuburan (lelaki).''

Banyak kajian telah turut mengaitkan berbasikal dengan kadar mati pucuk dan disfungsi erektil yang lebih tinggi, disebabkan oleh tekanan tinggi pada saraf-saraf dan salur darah. Kebimbangan mengenai pelana tradisional menyekat aliran darah ke alat kelamin lelaki telah menyebabkan banyak pelana-pelana alternatif dihasilkan. Satu kajian pada tahun 2008 ke atas pegawai-pegawai polis yang menunggang basikal mendapati bahawa menukar pelana tanpa muncung yang panjang terkeluar memberi kurang tekanan pada kelangkang, meningkatkan aliran darah ke zakar, dan merendahkan risiko disfungsi erektil (mati pucuk).
Sumber dari:e-kesihatan.blogspot.my


TERIMA KASIH, SILA SHARE.

Previous
Next Post »
Thanks for your comment