KERTAS KERJA SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN








Kertas Kerja Sambutan Bulan Kemanusiaan dan Kemerdekaan

Sudah menjadi budaya di setiap sekolah apabila tibanya bulan Ogos, pastinya rancangan dan program berkaitan sambutan kemerdekaan negara akan diadakan bagi memupuk semangat patriotik dan sifat cintakan negara dalam kalangan diri murid khususnya dan warga sekolah amnya.

Hari Kebangsaan disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos tiap-tiap tahun bagi memperingati tarikh keramat negara kita bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511. Hari Kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran bagi memperingati detik bersejarah negara kita mencapai kemerdekaan. Pada 31 Ogos ini, negara kita telah menyambut ulang tahun hari kemerdekaan yang ke 57. Oleh itu, sambutan kemerdekaan diadakan di peringkat sekolah untuk memupuk semangat patriotik dalam jiwa pelajar agar sentiasa sayang dan cinta akan negara serta berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan yang telah kita capai pada hari ini.

Matlamat
Menghayati dan mencintai serta menyayangi negara Malaysia seterusnya menghargai dan mempertahankan kedaulatannya serta mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang masa.

Objektif
  1. Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme di dalam jiwa pelajar-pelajar sekolah supaya terus kekal sehingga remaja dan dewasa.
  2. Mencetuskan dan menyemarakkan perasaan, suasana dan semangat kemerdekaan.
  3. Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berpasukan seterusnya mengeratkan perpaduan di semua peringkat.
  4. Menyediakan ruang agar pelajar-pelajar menggunakan kreativiti mereka semasa menjalankan kempen ini
Aktiviti bersempena sambutan bulan kemerdekaan ini akan melibatkan penyertaan murid secara menyeluruh. Justeru satu jadual pelaksanaan akan dirangka melibatkan semua kelas bagi memastikan pelaksanaan program tidak menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran. Pertandingan dijalankan dengan bantuan dan kerjasama guru-guru Dunia Sejarah, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan Pusat Sumber Sekolah.

Penganjuran Sambutan Bulan Kemerdekaan Sekolah Kebangsaan  ini memerlukan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak bagi meningkatkan pencapaian murid secara menyeluruh dalam usaha membentuk imej sekolah yang postif. Program ini diharapkan dapat mempertingkatkan dan mengukuhkan lagi budaya membaca di kalangan pelajar sekolah ini. Warga SK…dapat  memanfaatkan ilmu yang diperolehi semasa program itu nanti di samping memupuk budaya semangat patriotisme dan cinta akan  Malaysia.




Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua guru yang terlibat dengan penganjuran bulan kemerdekaan di peringkat sekolah masing-masing. Sila kongsikan kepada semua rakan-rakan anda.





TERIMA KASIH, SILA SHARE.

Previous
Next Post »
Thanks for your comment